Wednesday 30 December 2015

Dinding rumah


 Peninggalan terakhir kontraktor sebelum pembinaan dihentikan sebab order kayu katanya. walaupun dah deal bahagian luar semuanya guna bata merah, tapi ade juga yg selit guna bata simen ni walaupon harganya agak murah iaitu RM 215,000.00 untuk rumah seluas 1933kps lebih kurang RM 111.00 sekaki persegi. Kenapa guna bata merah?
Pada awalnya, ambe deal keseluruhan rumah dibuat menggunakan bata merah, tetapi selepas disemak dokumen perjanjian ambe mendapati terdapat kesilapan dipihak ambe sendiri yang membolehkan kontraktor ambil kesempatan. dan setelah GST implemen, kontraktor terpksa mencari alternatif untuk mengurangkan kos pembinaan menjaga margin kontraktor dengan menggunakan separuh bata simen pada bahagian dalam rumah. walaupun sebak dihati ambe terpaksa la setuju juga sebab kontraktor bagitau (mungkin ugut) kena bayar kos tambahan sekiranya tidak mengurangkan spek dalam pembinaan ni. Mudah kan jd kontraktor???
Sebab kenapa ambe nak menggunakan bata merah:

1- Lebih rintangan api bila berlaku kebakaran-rujuk bomba
2- Menyerap haba seterusnya mengakibatkan rumah lebih sejuk
3- Lebih mahal( harga hampir sekali ganda dengan bata simen)


No comments:

Post a Comment