Wednesday, 30 December 2015

Proses pinjaman dengan BPP

Salam,
Nak buat rumah ni sebenarnya amat rumit. Terutama yang melibatkan pinjaman kerajaan. Akhir tahun 2015 ni plak kita dikejutkan dengan BPP digantialih oleh LPSA. Nasib baik pinjaman ambe dh lulus sebelum proses penggantian ni. Tapi kesian la kat orang selepas ni yang baru nak buat pinjaman tu. tapi semuanya bergantung kepada LPSA juga. sebab benda masih baru, perlu tengok samaada perubahan yang dilakukan memberi kelebihan kepada peminjam atau tidak. Disini ambe kongsikan sikit cara2 nak mohon pinjaman dengan BPP( semasa zaman pemerintahan BPP dulu laa ni). Ni untuk peminjam yang nak beli tanah dahulu, kemudian baru didirikan rumah diatas tanah tersebut. Ambe pilih cara ni sebab xmampu nak beli harga sebuah rumah dah siap dengan harga RM280,000.00 iaitu maksimum nilai yang ambe boleh pinjam masa tu (2014). Nafsu besar, tapi duit ciput.hehehe

1- Cari tanah lot yang sesuai. Tanah yang dicari perlulah tanah lot berstatus bangunan. Elakkan membeli tanah dikawasan banjir atau kawasan rendah. Seeloknya pergi tengok sendiri tapak tanah tersebut semasa musim banjir, atau interview sikit penduduk setempat untuk tahu keadaan tanah tersebut semasa musim tengkujuh. jangan percaya bulat2 kat orang tengah atau tuan tanah kerana dorang memang nk jual tanah tersebut dan sanggup buat ape shj. ambe pernah tersurvey beberapa lot tanah yang dikatakan elok oleh orang tengah tetapi kawasan berkenaan sering banjir dan mudah dinaiki air. cari tanah yang sesuai dengan keluasan rumah.

2. Cari peguam yang sesuai untuk buat proses SNP.

3. Isi Borang secara online (digalakan peminjam isi sendiri).

4. Selepas pinjaman diluluskan (lama juga nk boleh ke lulus), kne jumpa DO untuk proses tukar nama.

5. Selepas sebulan, geran ditukarkan kepada nama peminjam, tetapi dipegang oleh BPP sebagai cagaran.

6. Geran digadai kali kedua untuk permohonan pinjaman membuat rumah diatas tanah tadi.

7. Selepas lulus pinjaman, barulah boleh start buat rumah.




No comments:

Post a Comment