Monday, 31 October 2016

profile kontraktor rumah / pembinaan yang bermasalah di Terengganu 0179034217 0139274217 0199618757


 Salam,
Sepertimana post yang lepas. ambe nak kongsikan kontraktor yang bermasalah ni. semoga orang terengganu dan lain2 xterkena dengan cakap manis kontraktor seperti di gambar dibawah ni. Untuk pengetahuan, saya kenal kontraktor ni melalui laman web mudah.my. dan memg sy akui sy terlalu noob dalam memilih kontraktor. Sapae2 yang nk buat rumah melalui kontraktor lepas ni kena la amek iktibar. kalo boleh jangan amek orang yang xkenal dan xtau latar belakang. pastikan kontraktor tersebut mempunyai pejabat sendiri dan semak hasil kerja beliau dahulu sebelum melantik menjadi kontraktor anda.
di bawah juga saya letak nama syarikat kontraktor. dia ni ada banyak syarikat. dan saya listkan dua yang sy tahu

1- FJ Jimmy Construction Enterprise didaftar atas nama abg gambar dibawah ni dengan nama rosdanata B mohamad yusof
2- FJJ Jimmy Construction Enterprise. nama dekat2 nak sama.

Terdapat 2 orang kontraktor yg sy anggap rakan kongsi

a- Timy yusri bin mohamad yusof (panggilan jimmy)
0139274217 dan 0179034217

b- En Azil (yang ni ok boleh deal tapi dah rakan kongsi sama la jugok)
0199618757 (tokey burung walit ni kt pulau)




* Tujuan ambe share adalah untuk mengelakkan orang lain terkena macam ambe jugok. Rumoh xsiap, duit habis, rumoh kene beki, kene tunggu lame baru leh duduk rumoh( rumoh ambe sapa lening xle duduk lagi). tolong belake, jgn termakan kate2 manis kontraktor. ambe serik dah wehh!!




Updated,
Iklan terbaru daripada salah sorang kontraktor tersebut. Kononya kualiti diutamakan. rumah aku dh nk runtuh tu.. kos nk siapkan rumah dah dekat 50k xtermasuk beki atap yg nk runtuh tu. memg menyusahkan. dah la buat keje lembap. buat rumah 2000kps pn amek mase dua tahun.

Kontraktor bermasalah!!

Setelah lama pembinaan umah ambe ni pending dek kerana kontraktor yg bermasalah.pending sejak sebelum puasa aritu. lebih 5 bulan tersadai..sedih pon ade..geram pon ade.doh xdok rezeki dapat kontraktor bermasalah..duit nak cepat. kerja langsung xdok kualiti dan lembap. Rumoh ambe banyok defect2 terutama melibatkan bahagian bumbung akibat daripada penggunaan kayu yang tidak berkualiti dan kerja ketukangan yang langsung tidak mahir. Dibawah dilampirkan gambar terkini umah ambe. Banyak defect2. dalam gambar xberape nampok mane. tapi atap dan kekuda yang senget2 tu deme2 boleh napok sendiri. Penggunaan frame pon jenis yang paling low kualiti, plaster pun xkemas dan merekah, pintu xikot pelan, dan paling mengerikan, kekuda dah mula melenduk lepas pasang atap. Nauzubillah. anai2 pon dah start naik. bila kabo ke kontraktor dia salahkan tanoh plok. padahal memang dia kene buat pest control dlu sebelum naik ground beam.














Oleh kerana terlalu kecewa dan xberpuas hati dengan kontraktor ni, ambe dah tamatkan kontrak walaupun progress pembinaan dah masuk 80%( tuan rumoh rugi parok boh!) sebab banyak item finishing belum masuk lagi, wiring pon xdok lagi.tambah2 kene baiki defect yang ditinggalkan oleh kontraktor xbertanggungjawab tersebut. Nanti kat post yang seterusnya ambe akan share profile kontraktor tersebut. Bukan nak burukan dia, tapi sebab xnak bagi org lain terkena macam ambe ni.
Adios!!

Tuesday, 5 January 2016

Kereta impian- Odyssey

Ehem3... sementara rumah xsambung lg pembinaan ni, ambe cerita sikit pasal kereta impian ambe. Ms beli 1st car dulu memg xda langsung kereta idaman atau target car, beli pon sebab memg nak bawak barang2 balik kg. Untuk 1st car dulu, berangan nak angkat alza sebab pikir2 nt kalau ada anak ramai xpayah tukar kereta dah..hehe..tapi..

VIOS

Berangan lagi...ambik kereta belah2 japang nung sb dengar kate kalau pakai kereta belah2 sane/import akan menggambarkan imej seseorang(betol ke)? Survey punya survey hati tibe2 terpikat dekat vios (paling murah J spec dalam 76k otr), lepas jumpa salesman toyota, dia kaborkan bahawa kereta vios spec J ssh nk dapat skrg (akhir tahun 2012 ms tu) dan dia cadangkan amek spec lain, E atau G kalo xsilap. tp lepas kira2 amaun bulanan yang perlu dibayar, bulanan lebih kurang rm880.00 untuk J spec. wahhhhh.. Kencang jugak untuk kereta segmen B ni..confirm loan xlulus sb ms tu nama dekat bank masih suci murni tiada sebarang loan lg.. urmmm. KANCEL.

Image result for vios j

PREVE

Then, survey lagi, kebetulan ms tu Proton br launch P3-21A pada 16 April 2012 (ambe survey akhir tahun) ditambah terkenan racun serangga  rakan kat tempat kerja, akhirnya ambe pon ushar2 la proton preve. Kebetulan ade pameran di pasar ahad kt Stadium Shah Alam, ms tu ade dipamerkan preve dan vios. Memang ketara beza saiz body kedua-dua kereta ni (ambe suka kereta besor2) . Proton Preve adalah kereta sedan C Segmen yang mana lg besar dr Vios B segmen. Apelagi, terus pergi test drive kat proton Balakong (masa tu ambe kerja kt Balakong). Tapi masa test tu ade unit test drive preve premium spec shj (1.6 CFE). Dengan muatan penuh 5 orang termasuk Salesman dan member ambe tekan sampai 160KMJ. senang2 je cecah 160..pergh. terus terkenan nak amek kereta tersebut. Rupa-rupanya preve ni ade 2 jenis 1- exact( 1.6 enjin iafm) 2- CFE (1.6 enjin CFE Turbo). Beza harga untuk kedua2 jenis adalah rm10k. Selepas diteliti dan pikir dalam2, akhirnya ambe decide nak amek yang exact je. (dalam hati cukup la sebagai 1st car yang kemungkinan akan tukar kemudian). Selepas pilih salesman dan tawaran yang sesuai (rebat dapat rm4.2k) dan bayar sedikit deposit, akhirnya ambe sain agreement untuk buat loan 9 tahun dengan bulanan RM 6++.00 sebulan. Xlama kemudian muncul lah kereta ni...

Image result for preve elegant brown
Preve 1.6 CVT Elegant Brown (kaler orang tua kate kawan2 ambe)

Lepas dapat kete ni, terus balik kerumah sewa..tp kenapa berat semacam je kereta ni..xsame yang macam ambe test drive haritu. Memang ketara kelembapanya.sambil tepuk dahi baru ambe teringat kereta ni adalah 1.6 iafm dan bukanya CFE. Adeh.. (WARNING***NEXT TIME NAK BELI KERETA SILA TEST DRIVE MODEL YANG ANDA NAK BELI). Selepas lama dan dah biasa dengan enjin iafm dan gearbox Punch CVT ni..kira boleh la kereta ni. Padan ngan harga walaupun ada banyak kerosakkan minor yang boleh claim warranty.


SELEPAS 3 TAHUN

Alhamdulillah.kereta ni masih ok (baru 3 tahun je kot) selepas reflash ecu dan tcu(format terbaru nov 2015) kete makin pikap dan makin ok. Tapi yang menakutkan adalah servis dengan proton bagi mileage 60k km. anggaran dalam rm1.2k.. mane nk cekau duit. xberagak..adushhh..Selepas habis je waranti 3 tahun (waranti 5 tahun hanya untuk gearbox dan enjin sahaja, tu pon bukan cover semua part gearbox dan part enjin) ambe decide nk servis sendiri. Nasib baik baru 50k KM selepas 3 tahun. Jimat mileage kan?hahaha. g keje ngn motor je .sangat menjimatkn bila servis sendiri ni..

Sebagai lelaki yang telah berkeluarga, memang menjadi idaman untuk memakai kereta MPV ni. Memandangkan 1st car dh pakai brand proton, 2nd car mungkin akan ambil dasar pandang ke timur plak..hehe.Antara MPV yang ambe berkenan dan mampu telan air liur saat ni (sebab hutang bank masih banyak lagi) ialah:

a- TOYOTA WISH

Image result for toyota wish

Berkenan kat model 2009-sekarang ni.. Mengancam bini ambe pon minat  . Berikut disertakan sedikit hasil googlelan mengenai spec toyota wish ni.. Ambe minat yang 1.8 S je sb 1.8 X terlalu basic manakala 2.0Z napak gedabak sedikit dekat fendernya. Harga toyota wish ni plak untuk recond unregister antara RM 86k hinggalah RM 130K bergantung kepada tahun dan spec.

Body styles[edit]

2WD
Chassis code (DBA-)ZGE22W-HWXQPZGE20W-HPXSPZGE20G-HPXGPZGE20G-HPXNP
Model2.0Z 2WD1.8S 2WD1.8G 2WD1.8X 2WD
Engine3ZR-FAE2ZR-FAE2ZR-FAE2ZR-FAE
Seats6777
4WD
Chassis code (DBA-)ZGE25W-HPXSPZGE25G-HPXGPZGE25G-HPXNP
Model1.8S 4WD1.8G 4WD1.8X 4WD
Engine2ZR-FAE2ZR-FAE2ZR-FAE
Seats777

Engines[edit]

CodeYearsType/codePower, torque@rpm
2ZR-FAE (2WD)2009–present1,797 cc (109.7 cu in) (80.5x88.3mm) I4144 PS (106 kW; 142 hp)@6400, 176 N·m (130 lb·ft)@4400
2ZR-FAE (4WD)2009–present1,797 cc (109.7 cu in) (80.5x88.3mm) I4133 PS (98 kW; 131 hp)@6400, 164 N·m (121 lb·ft)@4400
3ZR-FAE2009–present1,986 cc (121.2 cu in) (80.5x97.6mm) I4158 PS (116 kW; 156 hp)@6200, 196 N·m (145 lb·ft)@4400

Transmissions[edit]

Model(s)Type
1.8SSuper CVT-i with 7-speed sport sequential shiftmatic with CVT sport mode
1.8G, 1.8XSuper CVT-i with 7-speed sport sequential shiftmatic
2.0ZSuper CVT-i with 7-speed sport sequential shiftmatic with dynamic sport mode

b- Honda Odyssey 

Yang ni lagi ambe berkenan..Full MPV. Ambe berkenaan yang tahun 2008 keatas atau dikenali sebagai model RB3. Lebih berkenan kt model Absolute 200 Hp..hehehe. Ambe sertakan sikit spesifikasi google ambe ni

Image result for honda odyssey 2008 specifications

The sales for the fourth generation of the Odyssey in the Japanese market started October 17, 2008. It is equipped with a 2.4 L engine and CVT with a torque converter.[4] Two engines are offered in Japan: one with 173 PS output and the other one with 206 PS output in Absolute trim.[5]
In many markets outside Japan like in Australia and Indonesia, the Odyssey is equipped with a five-speed auto transmission.[6][7]
In Australia, the Odyssey is the best-selling people mover among private buyers.[8]
2009–2011 Honda Odyssey (Australia)
2008 Odyssey interior

Wednesday, 30 December 2015

Dinding rumah


 Peninggalan terakhir kontraktor sebelum pembinaan dihentikan sebab order kayu katanya. walaupun dah deal bahagian luar semuanya guna bata merah, tapi ade juga yg selit guna bata simen ni walaupon harganya agak murah iaitu RM 215,000.00 untuk rumah seluas 1933kps lebih kurang RM 111.00 sekaki persegi. Kenapa guna bata merah?
Pada awalnya, ambe deal keseluruhan rumah dibuat menggunakan bata merah, tetapi selepas disemak dokumen perjanjian ambe mendapati terdapat kesilapan dipihak ambe sendiri yang membolehkan kontraktor ambil kesempatan. dan setelah GST implemen, kontraktor terpksa mencari alternatif untuk mengurangkan kos pembinaan menjaga margin kontraktor dengan menggunakan separuh bata simen pada bahagian dalam rumah. walaupun sebak dihati ambe terpaksa la setuju juga sebab kontraktor bagitau (mungkin ugut) kena bayar kos tambahan sekiranya tidak mengurangkan spek dalam pembinaan ni. Mudah kan jd kontraktor???
Sebab kenapa ambe nak menggunakan bata merah:

1- Lebih rintangan api bila berlaku kebakaran-rujuk bomba
2- Menyerap haba seterusnya mengakibatkan rumah lebih sejuk
3- Lebih mahal( harga hampir sekali ganda dengan bata simen)


Pencarian buah buton/ tunjuk langit

Semasa rumah dalam proses pembinaan, ambe pon cari dan survey la buoh buton ni(orang tganu panggil) atau tunjuk langit dalam bahasa standard. Erk 1 lagi ambe rasa, dekat terengganu memg banyak rumah pakai kayu tunjuk langit ni. kat luar jarang2 nampak. Rupanya mahal jugok benda ni. Dalam spek rumh ambe xdisediakan benda alah ni. terpaksa la cari sendiri. Pusing punya pusing, banyak kedai sampai ke Besut ambe pusing. Spek yang ambe cari adalah 4"x 4" x 4' dan 3" x 3" x 3'. sebab umah ambe banyak atap terbuka yang memerlukan pasang menda ni. Setelah disurvey secara hardcore, berikut antara harga yg ambe dapat:
1- 4"x 4" x 4' Cengal : RM 280-330 sebatang.
2- 4"x 4" x 4' Tembesu : RM 230- 250
3- 4"x 4" x 4' Seraya: RM 230- 250
4- 4"x 4" x 4' Mengkawang RM 180
5- 3" x 3" x 3' Cengal RM 100
6- 3" x 3" x 3' Seraya RM 85

 Tak banyak kedai yang buat 3" x 3" x 3' ni. kebanyakan buat yang 4"x 4" x 4' shj. Mungkin juga kurang permintaan. Berikut disenaraikan kayu paling molek dibuat tunjuk langit ni:

1- Cengal
2- Tembusu
3- Seraya
4- Mengkawang

Mungkin juga ada lagi kayu lain yang boleh buat, tp ambe jumpa yang ni je kebanyakan orang buat.



Kayu tunjuk langit yang ambe dah beli. Total 6 batang semua. 

Ni kayu tunjuk langit yang akhirnya ambe beli. Setelah survey seluruh pelusuk terengganu, akhirnya ambe beli dekai hardware yang berdekatan dengan rumah je. Hehehe. Harga?

1- 4"x 4" x 4' Cengal kampung : RM 170
2- 4"x 4" x 5' Cengal Kampung : RM180
5- 3" x 3" x 3' Cengal RM 100
6- 3" x 3" x 3' Seraya RM 85
Image result for kayu tunjuk langit
Contoh rumah yang dipasang tunjuk langit


Proses pembinaan

Tak banyak gambar yang ambe ambik semasa pembinaan rumah ni (rs nyesal pulok xambil gambar banyak2). Disini ambe sharekan sedikit gambar yang terlibat.



Proses gali lubang untuk buat stand pad. Kedalaman dalam plan adalah 3 kaki. 

 Bata guna bata merah bahagian luar rumah dan bata simen bahagian dalam. Sebabnya?







Proses buat ground beam, tambun tanah didalam beam(dalam pelan 2 kaki tinggi ground beam) tapi kontraktor mengelat, dia ambil tanah sekeliling, tambun bahagian bawah untuk kurangkan kos beli pasir sungai. Tengok la berapa banyak tanah kotor diisi dalam petak beam tu. grrr



Proses pinjaman dengan BPP

Salam,
Nak buat rumah ni sebenarnya amat rumit. Terutama yang melibatkan pinjaman kerajaan. Akhir tahun 2015 ni plak kita dikejutkan dengan BPP digantialih oleh LPSA. Nasib baik pinjaman ambe dh lulus sebelum proses penggantian ni. Tapi kesian la kat orang selepas ni yang baru nak buat pinjaman tu. tapi semuanya bergantung kepada LPSA juga. sebab benda masih baru, perlu tengok samaada perubahan yang dilakukan memberi kelebihan kepada peminjam atau tidak. Disini ambe kongsikan sikit cara2 nak mohon pinjaman dengan BPP( semasa zaman pemerintahan BPP dulu laa ni). Ni untuk peminjam yang nak beli tanah dahulu, kemudian baru didirikan rumah diatas tanah tersebut. Ambe pilih cara ni sebab xmampu nak beli harga sebuah rumah dah siap dengan harga RM280,000.00 iaitu maksimum nilai yang ambe boleh pinjam masa tu (2014). Nafsu besar, tapi duit ciput.hehehe

1- Cari tanah lot yang sesuai. Tanah yang dicari perlulah tanah lot berstatus bangunan. Elakkan membeli tanah dikawasan banjir atau kawasan rendah. Seeloknya pergi tengok sendiri tapak tanah tersebut semasa musim banjir, atau interview sikit penduduk setempat untuk tahu keadaan tanah tersebut semasa musim tengkujuh. jangan percaya bulat2 kat orang tengah atau tuan tanah kerana dorang memang nk jual tanah tersebut dan sanggup buat ape shj. ambe pernah tersurvey beberapa lot tanah yang dikatakan elok oleh orang tengah tetapi kawasan berkenaan sering banjir dan mudah dinaiki air. cari tanah yang sesuai dengan keluasan rumah.

2. Cari peguam yang sesuai untuk buat proses SNP.

3. Isi Borang secara online (digalakan peminjam isi sendiri).

4. Selepas pinjaman diluluskan (lama juga nk boleh ke lulus), kne jumpa DO untuk proses tukar nama.

5. Selepas sebulan, geran ditukarkan kepada nama peminjam, tetapi dipegang oleh BPP sebagai cagaran.

6. Geran digadai kali kedua untuk permohonan pinjaman membuat rumah diatas tanah tadi.

7. Selepas lulus pinjaman, barulah boleh start buat rumah.