Wednesday, 30 December 2015

Dinding rumah


 Peninggalan terakhir kontraktor sebelum pembinaan dihentikan sebab order kayu katanya. walaupun dah deal bahagian luar semuanya guna bata merah, tapi ade juga yg selit guna bata simen ni walaupon harganya agak murah iaitu RM 215,000.00 untuk rumah seluas 1933kps lebih kurang RM 111.00 sekaki persegi. Kenapa guna bata merah?
Pada awalnya, ambe deal keseluruhan rumah dibuat menggunakan bata merah, tetapi selepas disemak dokumen perjanjian ambe mendapati terdapat kesilapan dipihak ambe sendiri yang membolehkan kontraktor ambil kesempatan. dan setelah GST implemen, kontraktor terpksa mencari alternatif untuk mengurangkan kos pembinaan menjaga margin kontraktor dengan menggunakan separuh bata simen pada bahagian dalam rumah. walaupun sebak dihati ambe terpaksa la setuju juga sebab kontraktor bagitau (mungkin ugut) kena bayar kos tambahan sekiranya tidak mengurangkan spek dalam pembinaan ni. Mudah kan jd kontraktor???
Sebab kenapa ambe nak menggunakan bata merah:

1- Lebih rintangan api bila berlaku kebakaran-rujuk bomba
2- Menyerap haba seterusnya mengakibatkan rumah lebih sejuk
3- Lebih mahal( harga hampir sekali ganda dengan bata simen)


Pencarian buah buton/ tunjuk langit

Semasa rumah dalam proses pembinaan, ambe pon cari dan survey la buoh buton ni(orang tganu panggil) atau tunjuk langit dalam bahasa standard. Erk 1 lagi ambe rasa, dekat terengganu memg banyak rumah pakai kayu tunjuk langit ni. kat luar jarang2 nampak. Rupanya mahal jugok benda ni. Dalam spek rumh ambe xdisediakan benda alah ni. terpaksa la cari sendiri. Pusing punya pusing, banyak kedai sampai ke Besut ambe pusing. Spek yang ambe cari adalah 4"x 4" x 4' dan 3" x 3" x 3'. sebab umah ambe banyak atap terbuka yang memerlukan pasang menda ni. Setelah disurvey secara hardcore, berikut antara harga yg ambe dapat:
1- 4"x 4" x 4' Cengal : RM 280-330 sebatang.
2- 4"x 4" x 4' Tembesu : RM 230- 250
3- 4"x 4" x 4' Seraya: RM 230- 250
4- 4"x 4" x 4' Mengkawang RM 180
5- 3" x 3" x 3' Cengal RM 100
6- 3" x 3" x 3' Seraya RM 85

 Tak banyak kedai yang buat 3" x 3" x 3' ni. kebanyakan buat yang 4"x 4" x 4' shj. Mungkin juga kurang permintaan. Berikut disenaraikan kayu paling molek dibuat tunjuk langit ni:

1- Cengal
2- Tembusu
3- Seraya
4- Mengkawang

Mungkin juga ada lagi kayu lain yang boleh buat, tp ambe jumpa yang ni je kebanyakan orang buat.



Kayu tunjuk langit yang ambe dah beli. Total 6 batang semua. 

Ni kayu tunjuk langit yang akhirnya ambe beli. Setelah survey seluruh pelusuk terengganu, akhirnya ambe beli dekai hardware yang berdekatan dengan rumah je. Hehehe. Harga?

1- 4"x 4" x 4' Cengal kampung : RM 170
2- 4"x 4" x 5' Cengal Kampung : RM180
5- 3" x 3" x 3' Cengal RM 100
6- 3" x 3" x 3' Seraya RM 85
Image result for kayu tunjuk langit
Contoh rumah yang dipasang tunjuk langit


Proses pembinaan

Tak banyak gambar yang ambe ambik semasa pembinaan rumah ni (rs nyesal pulok xambil gambar banyak2). Disini ambe sharekan sedikit gambar yang terlibat.



Proses gali lubang untuk buat stand pad. Kedalaman dalam plan adalah 3 kaki. 

 Bata guna bata merah bahagian luar rumah dan bata simen bahagian dalam. Sebabnya?







Proses buat ground beam, tambun tanah didalam beam(dalam pelan 2 kaki tinggi ground beam) tapi kontraktor mengelat, dia ambil tanah sekeliling, tambun bahagian bawah untuk kurangkan kos beli pasir sungai. Tengok la berapa banyak tanah kotor diisi dalam petak beam tu. grrr



Proses pinjaman dengan BPP

Salam,
Nak buat rumah ni sebenarnya amat rumit. Terutama yang melibatkan pinjaman kerajaan. Akhir tahun 2015 ni plak kita dikejutkan dengan BPP digantialih oleh LPSA. Nasib baik pinjaman ambe dh lulus sebelum proses penggantian ni. Tapi kesian la kat orang selepas ni yang baru nak buat pinjaman tu. tapi semuanya bergantung kepada LPSA juga. sebab benda masih baru, perlu tengok samaada perubahan yang dilakukan memberi kelebihan kepada peminjam atau tidak. Disini ambe kongsikan sikit cara2 nak mohon pinjaman dengan BPP( semasa zaman pemerintahan BPP dulu laa ni). Ni untuk peminjam yang nak beli tanah dahulu, kemudian baru didirikan rumah diatas tanah tersebut. Ambe pilih cara ni sebab xmampu nak beli harga sebuah rumah dah siap dengan harga RM280,000.00 iaitu maksimum nilai yang ambe boleh pinjam masa tu (2014). Nafsu besar, tapi duit ciput.hehehe

1- Cari tanah lot yang sesuai. Tanah yang dicari perlulah tanah lot berstatus bangunan. Elakkan membeli tanah dikawasan banjir atau kawasan rendah. Seeloknya pergi tengok sendiri tapak tanah tersebut semasa musim banjir, atau interview sikit penduduk setempat untuk tahu keadaan tanah tersebut semasa musim tengkujuh. jangan percaya bulat2 kat orang tengah atau tuan tanah kerana dorang memang nk jual tanah tersebut dan sanggup buat ape shj. ambe pernah tersurvey beberapa lot tanah yang dikatakan elok oleh orang tengah tetapi kawasan berkenaan sering banjir dan mudah dinaiki air. cari tanah yang sesuai dengan keluasan rumah.

2. Cari peguam yang sesuai untuk buat proses SNP.

3. Isi Borang secara online (digalakan peminjam isi sendiri).

4. Selepas pinjaman diluluskan (lama juga nk boleh ke lulus), kne jumpa DO untuk proses tukar nama.

5. Selepas sebulan, geran ditukarkan kepada nama peminjam, tetapi dipegang oleh BPP sebagai cagaran.

6. Geran digadai kali kedua untuk permohonan pinjaman membuat rumah diatas tanah tadi.

7. Selepas lulus pinjaman, barulah boleh start buat rumah.




Sunday, 27 December 2015

Salam perkenalan-kira-kira point wiring dirumah

Salam perkenalan kepada dunia siber sekalian.

Buat blog ni lebih kepada personal diari untuk share dengan semua orang..ye dok? nak post kat pesbuk setiap aktiviti kan orang cakap menunjuk2 puloks.Peduli ape org cakap. orang dulu2 main tulis atas diari je ape yg dorang buat..atau luahan rasa..atau sebagainya. Blog ambe ni pulok xmenfokuskan kepada sesuatu tajuk dan lebih berkisar kepada aktiviti harian ambe sahaja.

1st thing...

Ambe dalam proses untuk membina rumah dengan membuat pinjaman.(xmampu guna cash). Rumah ini telah dimulakan pembinaan pada akhir oktober 2015 yang lalu, tp sejak hujung november, pembinaan dihentikan sementara. kate kontraktor, tengah order kayu untuk buat kekuda bumbung. Kenapa kena order sedangnkan kat kedai berlambak kayu2 untuk buat kekuda? order ngn sawmill katenya. untuk lebih tinggikan margin jimatkan kos dorang. Hmm layankan jela. Duit pon dah habis banyak buat beli lampu dan kipas..

Ambe tengah pening memikirkan bajet untuk membuat wiring/pendawaian kat pondok baru ambe ni. banyak sangat point baru yg perlu ditambah selain point yang telah disediakan oleh kontraktor(point asas sahaja). Berikut disenaraikan point2 yang terlibat(tambahan):

Senarai point rumahku syurgaku
Lokasi Jenis Point Tinggi (dari lantai) Kuantiti Catatan
Master Bedroom Aircond 9 1 1.5hp + drain pipe + Suis
Plug 2 2 Bedhead
Living room Antena 4 1 TV 42'
IT 1 1
Astro 4 1
Lampu kalimantang 0 6 Tambah point
Family area Antena 4 1
IT 1 1
Astro 4 1
Point wall light 7 3 1 diantara dapur n blk
Bath3 Heater 9 1 Suis
Bath1 Heater 9 1 Suis
Bath2 Heater 9 1 Suis
Kitchen Peti 5 1
Microwave, hood dll 4 3 Suis
Heater 4 1
Bedroom 1 Aircond 9 1 drain pipe + Suis
Plug 2 1
Bedroom 2 Aircond 9 1 drain pipe + Suis
Plug 2 1
Bedroom 3 Aircond 9 1 drain pipe + Suis
Plug 2 1
Carporch Vakum 2 1
Tiang porch Lampu   9 2
Beranda tepi Lampu   9 2
Suis Utama Autogate 0 1
Alarm bell 0 1
Belakang dan tepi rumah Lampu   9 4
Suis iron  1
Total 43





Fufhhh..total 43 point tu. xtermasuk point untuk autogate dan compund light.Hmm.. Ambe bercadang nak tanam konduit sendiri je dalam dinding, ade duit lebih baru lah buat wiring sendiri erk upah orang buat wiring. Tapi payah bebenor nak cari masa nk buat tu. nanti la..ade ms boleh la ambe buat kalo rajin.hehe.